top of page

Jadi Rebutan Syarikat Swasta, Syawal Tidak Berminat Bergelar Pro.

  • Writer: xanadustudiopro
    xanadustudiopro
  • Feb 20, 2022
  • 2 min read

Menyebut nama Syawal Iqbal, mungkin ramai tertanya-tanya siapa pemuda bermuka bujur dan tinggi lampai ini? Tapi kepada penggemar sukan golf, namanya tidaklah begitu asing kerana beliau merupakan ahli sukan khususnya sukan golf yang dikenali sejak beliau berusia 12 tahun lagi.


"Sukan golf bukanlah sukan kegemaran ramai seperti bolasepak, badminton, sepak takraw terutama bagi anak muda seperti saya,"


"Ia merupakan sukan yang mencabar skill individu. Nampak memang mudah, hanya perlu menghabiskan pukolan dari 8 hingga 18 lubang. Tapi itulah sebenarnya cabaran dalam sukan ini iaitu siapa yang dapat membuat pukolan paling sedikit dianggap pemenang," ujar penuntut ijazah perniagaan Universiti Kuala Lumpur berusia 22 tahun ini.


Pernah mewakili Majlis Sukan Negeri Kelantan sejak dibangku sekolah rendah lagi, beliau kini menjadi rebutan syarikat-syarikat swasta menggunakan khidmatnya dalam pelbagai pertandingan.


Mendapat bimbingan dari bapanya, Mahhassan bin Che Ali, pesara tentera dan kini mengurus sebuah resort golf di Kelantan berkata, kesemua ahli keluarga tiga beradik aktif dalam sukan golf kecuali ibunya.


Meskipun kerap mendapat permintaan syarikat-syarikat swasta menyertai pertandingan, namun beliau tidak bersedia bergelar Pro.


"Belum. Tidak terlintas lagi buat masa ini. Lagipon saya masih belajar dan bermain golf hanya untuk mengisi masa lapang sahaja.",


Pada masa yang sama, Syawal Iqbal juga memiliki bakat yang terpendam dalam bidang seni suara dan selalu membuat 'cover' yang dikongsi di laman sosial whatsapps.


Saya tidak banyak memuatnaik lagu 'cover' di laman sosial lain seperti Instagram atau youtube, kecuali dua kali di Instagram tidak sangka pula mendapat perhatian dari seorang rakan media sosial yang kebetulan bapanya baru saja menubuhkan sebuah syarikat rakaman.


Mulanya saya agak ragu-ragu bila diberitahu ingin diujibakat lebih lagi dari syarikat yang baru ditubuhkan.


"Tetapi selepas mengetahui bahwa pengarah urusan syarikat itu merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam bidang seni suara khususnya dalam memperkenalkan ramai artis popular tempatan, saya berasa, mengapa tidak? "


Selepas berkunjung ke studio syarikat rakaman

yang berpusat di tengah Kuala Lumpur, Syawal telah diberikan lagu berjudul Insaf untuk dicuba dimana akhirnya proses rakaman diatur oleh pihak syarikat.


Lagu Insaf kini telahpun dilancarkan dan dimuatnaik di laman youtube Xanadu Records Official.


Syawal Iqbal baru saja melancarkan single pertama di laman youtube Xanadu Records Official.

 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

01116699055

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2022 by BadAss. Proudly created with Wix.com

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
bottom of page