top of page

Xanadu Records Rancang 5 Single Tahun Ini

  • Writer: xanadustudiopro
    xanadustudiopro
  • Feb 26, 2022
  • 1 min read

Xanadu Records yang baru menerbitkan single pertama pendatang baru Syawal Iqbal berjudul `Insaf', merancang untuk menerbitkan 5 single sehingga hujung tahun ini.

"Single Insaf kini sedang dalam pembikinan music video rasmi yang kami harap dapat dilancarkan secara rasmi selewatnya April iaitu sempena ulangtahun Xanadu Records yang pertama," ujar Pengarah Urusan, Mahadhir Mohamad.


Di tahun pertama penubuhannya, Xanadu Records berdepan dugaan pertamanya apabila kerajaan secara tiba-tiba mengumumkan `lockdown' disebabkan penularan virus Covid19 pada awal Mei 2021. Apa yang dirancang pada ketika itu telah tergendala serta menyebabkan kerugian kos dan masa yang bukan sedikit kerana syarikat tidak dapat beroperasi.


Hanya pada minggu ketiga bulan September 2021, iaitu kira-kira 3 bulan selepas itu kerajaan akhirnya melonggarkan sekatan dan membenarkan syarikat yang menjalankan perniagaan studio rakaman beroperasi.


Sekali lagi kami terpaksa bermula dari bawah, menyusun jadual baru dalam proses merakamkan single Insaf sehingga ia diterbitkan sebulan lalu.




Bagi halatuju syarikat seterusnya, Xanadu Records merancang untuk menerbitkan sekurang-kurangnya 5 single sehingga hujung tahun 2022. Bagi single kedua, seorang lagi pendatang baru akan diperkenalkan. Lagu ciptaan Ayie Nazrin dan lirik oley TyraSyaf bagaimanapun belum lagi diberikan judul dań kini sedang dalam proses rakaman müzik dibawah kendalian Along Exist.


"Kami harap single kedua ini dapat dipasarkan secepat mungkin atau selewatnya pada ramadan tahun ini," jelas Mahadhir.


Selain itu sempena sambutan Aidilfitri tahun ini , Xanadu Records juga tidak ketinggalan bakal menerbitkan lagu khas hari raya membabitkan 3 artis yang berada dibawah naungannya.


Dimasa yang sama, Xanadu Records sedang berunding dengan sebuah kumpulan rock yang popular pada tahun 90 han dalam misi mengeluarkan satu single dibawah projek khas.









 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

01116699055

Subscribe Form

Thanks for submitting!

©2022 by BadAss. Proudly created with Wix.com

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
bottom of page